Saturday, November 16, 2013

Dinner Sempena Sempena



Thanks umi sebab belanja kami semua makan malam.

Friday, November 15, 2013

I believe I can fly

Assalamualaikum sabahan...

Di sabah sudah aku. Cepat masa berlalu bha. Dulunya hanya plan plan aje mau datang sini. Macam mimpi pun ada ni. Sebulan yang lalu booked tiket. Hari mula dihitung. Semua urusan di semenanjung diuruskan minggu demi minggu. Mula mula konvo, lepas itu majlis pernikahan abang aku dan last sekali kenduri sambut menantu di rumah aku. 


Jauh Perjalanan


Jam 2.45 petang aku mulakan perjalanan dengan bas dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Tapi aku turun kat Pekeliling sebab naik monorel ke KL Sentral. Sampai je sana aku terus cari bas nak ke LCCT. Alhamdulillah perjalanan berseorangan dipermudahkan Allah SWT. Jam 8.30 malam sampai kat LCCT terus pergi cari makanan kat Food Garden. Dua jam jugak la lepak kat situ. Haha. Lepas tu masuk LCCT untuk print ticket flight. Jalan jalan, pusing pusing lepas tu pergi solat dan terus istirehat kat surau tu. Disebabkan lambat lagi nak terbang, berbaring dulu kat surau tu. Jam 4.30 pagi aku bangun dan siap siap nak check in. Main redah je aku sebab dulu biasa sekali je naik flight ke sarawak. Tu pun berkumpulan, sekarang sorang je. Huhu. Tapi redah redah aku menjadi je. Takde la susah sangat step nak check in ni. Lepas scan luggage, hantar luggage untuk check in, lepas tu baru check in body. Tunggu kat gate berlepas sebab flight jam 6.45 pagi. Dua jam lebih jugak dalam flight, jam 9.20 pagi sampai suda di terminal dua KKIA. Banyak transport dah naik akhirnya macam tak percaya dah berada di sabah.


WELCOME TO SABAH | THIS IS KOTA KINABALU

Monday, November 11, 2013

Sisters

November remind me about this.......

For 9th November and 12th November...

Hereby, I'm with pleasure want to wish happy birthday to both of my 'gojez and gedeboks' sister kak Long Mimie and kak Ngah Pija. Hopefully both of you will be success in your life and may Allah always bless you.






















Sincerely from far,
Your Brother

*computer typing - no signature

Sunday, October 27, 2013

D o n e

Assalamualaikum bloggers

Setiap yang Adam pasti ingin memiliki Hawa . Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya abang kesayangan bertemu teman hidupnya dengan menamatkan zaman bujang pada usia 27 tahun. 26 Oktober 2013 dengan sekali lafaz maka terbinalah masjid mereka. Semoga mahligai yang dibina akan teguh bahagia hingga ke anak cucu. Amin.

Majlis akad nikah
Ok. done ayat ayat skema seperti di atas. haha. well lepas ni turn aku. actually memang banyak pengalaman yang aku kutip kutip untuk event abang aku ni. al maklum la untuk preparation aku lepas ni. haha. berangan biar jadi nyata. bab kata orang aku busy majlis ni macam aku je nak kahwin. tapi masa abang aku ni lafaz akad nikah tu aku rasa cam nak sebak je sebab aku tahu dah lama abang aku ni tunggu saat ni. dan lepas ni tanggungjawab dia pun makin berat. aku pun tak boleh la nak beratkan lagi tanggungjawab dia tu. huhu. sedihnya. tak boleh mintak duit belanja. haha. apa apa pun aku sangat gembira untuk dia. semoga menjadi suami yang soleh dan dapat anak anak yang comel comel serta beriman.

Tahniah Abg Joe. Lepas ni giliran kami pula
Tahniah sekali lagi dan berkali kali lagi. seronok juga sebab time kenduri belah perempuan tu makanan dia sedap sangat. rasa nak melantak berkali kali. tapi sibuk buat photoshoot. maklum la dilantik secara tak sengaja jadi co-photographer. haha. sampai jalan ke karak kami gi shoot. comel juga pemandangan. tapi tak boleh nak shoot lama lama sebab dah lewat. apa apa pun syukur sebab majlis selesai dengan baik. tunggu turn belah lelaki plok kenduri 9 november 2013. jemput datang ye.

with L.O.V.E happy family
DONE | CONGRATULATION

Monday, October 21, 2013

begini akhirnya

Assalamualaikum manusia dan graduan graduan cemerlang

Ehh!!! kenapa tetiba je ada ayat graduan graduan tu. haha. terasa nak terbangga pun ada tapi bukan nak riak ye. bangga la dengan diri sendiri sebab dulu memang kuat berangan tapi akhirnya berangan tu ada la hasil kesudahannya. syukur sangat sangat sebab angan angan tu tiba tiba jadi nyata. secara sengaja belajar rajin rajin + sungguh sugguh + usaha + doa + tawakkal dan banyak banyak lagi akhirnya ini yang terjadi. baru nak masuk cerita. sebenarnya setelah masuk sekolah rendah, sekolah menengah, lepas tu sambung lagi sekolah menengah stpm akhirnya dapat juga masuk universiti. belajar la punya belajar macam lima tahun rasanya sebab masuk 2009 habis 2013 tapi sebenarnya 4 tahun je akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian dan dapat segulung ijazah yang termimpi-mimpi masa kecik dulu. hehe. tapi dulu rasanya berangan nak pakai jubah konvo dengan mortar board tu je. haha. Lastly, I got it. Huhu. Happy senyum sampai telinga. ni la Konvokesyen UMT ke-11.

 
Terima kasih berbilion terima kasih teramat terima kasih tersangat sangat sangat Mak Ayah tersayang yang banyak mendoakan banyak bekorban dan banyak banyak lagi untuk anakmu ini. setia menanti dan akhirnya ini untuk kalian berdua. tak sangka kan mak ayah selama ni asyik tengok dan sebut pasal anak orang je kan. tapi ni semua untuk mak ayah. anak mak ayah dah dapat apa yang diimpikan selama ni. syukur Alhamdulillah.


Sekalung tahniah untuk semua sahabat yang selama ini seiring berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah ni. akhirnya usaha kita empat tahun berbaloi dan bekalan ni la yang akan kita bawa untuk mengejar cita cita. terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan UMT yang selama ini banyak membantu dan menyumbang ilmu terutama pensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling. tiba tiba terasa rindu nak masuk kelas balik. hehe. terima kasih juga kat kawan kawan yang banyak membantu sepanjang belajar. ada masa kita jumpa lagi. semoga menempuh kehidupan yang lebih baik lepas ni. mood RINDU (^_^)!

TAHNIAH | SARJANA MUDA KAUNSELING | 2009 - 2013


Tuesday, October 08, 2013

dulu dulu dulu

aku yang dulu bukanlah yang sekarang . dulu tengok-tengok saja sekarang aku punya giliran . haha . assalamualaikum . hello hello bloggers . mood tengah tunggu hari bahagia . dulu dulu dulu punya cerita asyik tengok orang je bahagia . tinggal beberapa hari je lagi nak menempuh saat bahagia . haha . ape-ape pun semoga semuanya berjalan lancar . dah lame dah tunggu hari bahagia nih . xoxo-d

#ni cerita bahagia kawan-kawan tahun lepas . tahun ni bakal menyusul beberapa hari lagi . c u soon#


Thursday, July 25, 2013

Cuba teka


Hei. hei. cuba teka kat mane? haha . kenapa tiba-tiba aku pilih gambar ni. nampak cam kreatif je kan. tema gambar ni adalah satu keluarga. betul ke? betul la tapi macam tak cukup je. takpe yang penting cuba teka sape kat dalam gambar tu. maksud aku kat dalam tab tu sape? kat mane aku? hehe!!! nampak cun-cun je. tab ada satu je tapi semua nak masuk tangkap gambaq kat dalam tu. hehe!! apa-apa pun have fun. seronok memang tak terkata. 

SALAM IFTAR : 10 RAMADHAN | JUMAAT

Saturday, June 29, 2013

The Letter


This letter make me so sad. Sometimes I felt proud for their self because them got something to change their life. They take it the all points to apply for their life. Good job and good luck my dear student.

Friday, April 12, 2013

PANORAMA HILL | SG. LEMBING

siblings vacation . we are family






Wednesday, March 06, 2013

sudah sebulan

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH # sudah sebulan rupanya berpraktikal kat sini . kat mana tu? hahahaha!!! kt Mara Professional College Indera Mahkota. macam-macam dah berlaku. seronok je kat sini cuba kadang-kadang rasa bosan gak. letih mu memang terbiasa sebab kadang-kadang kerja 7hari seminggu. haha. kerja ape tu? hujung minggu patut relax-relax. tapi kalau dah ada program nak buat macam mana. tak boleh nak mengeluh sebab tu dah memang kerja. nak buat program kat sini memang boleh tahan la. sebab banyak kan. tapi kalau nak dapatkan klien tu setakat ni masih menampakkan kesukarannya. macam mana la nak habiskan 250 jam. wow banyaknya!!!!! anggap je ni cabaran dan dugaan. 

minggu ni tak ada student. maka tak ada la panggilan "sir". haha!!!! student cuti seminggu. kan best kalau dapat cuti. datang punch card - balik - datang punch out - balik . haha!!! nak buat kerja apa ni? huhu!!! kerja banyak je padahal tapi mood malas sedang aktif menular. dalam malas-malas pun sempat jugak la menghasilkan lukisan zaman sekolah-sekolah dulu. hehe!!!

Tajuk: Sawah Padi (Rindu dalam Sepi)
Tarikh: 5 Mac 2012
Masa: 8.30 am - 10.00 am


#theColourfullofArt (>___<)

Friday, February 01, 2013

Today is 1st February

okey start....

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. dah masuk bulan dua. dah sebulan rupanya masuk tahun baru dua ribu tiga belas. hehe. bulan lalu yang penuh dengan detik mencabar dan memori yang cukup indah untuk dikenang. dalam tak sedar rupanya dah dua minggu aku bercuti selepas menamatkan semester ketujuh. kenangan belajar kuliah dalam kelas pun dah berakhir. lepas ni dah tak ada semua tu. hanya tinggal kenangan. macam tu juga saat susah senang menimba ilmu dan suka tawa bersama rakan-rakan seperjuangan turut ternoktah. cuma yang dinanti selepas ini adalah pertemuan yang sementara untuk mencipta memori yang seketika. beginilah adab setiap kehidupan. berpisah semasa hidup adalah ujian dan berpisah semasa mati adalah kepastian.

berkongsi rasa untuk bulan yang baru menjelma ini pasti semua orang terutama diri aku dan rakan-rakan inginkan sesuatu yang terbaik untuk diri. menanti detik untuk lapor diri berpraktikal sebagai seorang kaunselor pelatih. masa ni pelbagai debaran mula bergendang di dada. pelbagai soalan mewartawankan jiwa. hakikatnya kita mesti tempuhinya jua. bagi aku rasa tak sabar nak merasai pengalaman ni. memang sebelum ni aku pernah bekerja sebagai guru. tapi itu adalah pengalaman yang berbeza. kali ini sebagai kaunselor pelatih. Alhamdulillah tinggal tiga hari je lagi nak lapor diri. dalam tak sedar dah nak habis belajar. praktikal dulu sampai bulan tujuh. sempat praktikal sampai bulan puasa. enam bulan. sekejap je kot. semoga aku dan juga rakan-rakan dapat tempuhi semua ni dengan penuh semangat dan suatu pengalaman yang sangat bermakna. semoga berjaya semua. buat yang terbaik.






-kaunselor pelatih Kolej Profesional Mara Indera Mahkota-

Thursday, January 24, 2013

happy ending

assalamualaikum

Alhamdulillah. syukur atas nikmat yang diberikan hari ini. Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. ingatan buat diri sendiri bahawa hari ini bukan sekadar sambutan tapi mengingati dan mencontohi perjuangan Rasulullah S.A.W sepanjang masa. jangan lupa membasahi lidah dengan lafaz selawat ke atas baginda. sentiasalah upgrade dan update diri menjadi lebih baik. Ameen.

#change channel#

Happy Ending. why? setiap orang mengharapkan sebuah kebahagiaan dalam hidup. betul kan? siapa yang tak nak hidup berakhir dengan kisah yang sungguh menggembirakan. begitu juga dengan perhubungan sebuah percintaan. akhirnya lafaz nikah menjadi saksi utuhnya ikatan itu. ke alam perkahwinan jua. seronok kan. perkahwinan pun satu sunnah baginda. syukur. akhirnya hidup lengkap bila hadirnya cahaya mata dalam hidup. itulah lambang percintaan yang melengkapkan kebahagiaan hidup. happy ending.

kenapa story ni keluar? sebab hari ni buat lawatan tidak rasmi ke rumah kawan yang baru dapat baby. hehe. sebelum tu sempat singgah beli hadiah untuk baby. banyak barang baby. seronok tengok. cute dan comel-comel belaka. dalam hati that one day. haha. akan beli dan ada yang akan beli. doakan. umur pun dah meningkat. so, semua ni penting untuk difikirkan. bersedia mula sekarang. 

#impianpenuhmenjulang#

Wednesday, January 23, 2013

suka dalam duka


tak ada apa nak kongsi malam ni cuma aku rasa sangat penat dan mengantok. nak tidur pun perut masih lagi dalam kekenyangan. cukuplah dapat makan nasi lauk telur mata goreng. penat baru balik tengok bola pahang vs terengganu. tak sangka dalam tak sedar kenapa tiba-tiba je aku tengok bola. siap pergi stadium lagi. mungkin dulu aku tak dapat nak rasa kenikmatan ni. sekarang dah besar boleh buat pilihan sendiri. malam ni terengganu kalah lagi 0-3 dengan pahang. senyap je aku kat stadium malam ni sebab just mampu tengok penyokong pahang je asyik bersorak. kalaulah terengganu menang malam ni mesti tersengih tak sudah. tapi tak apalah. aku datang sekadar untuk menghiburkan diri. lepas ni dah nak sibuk balik. masa dah suntuk. tinggal seminggu lebih je lagi nak lapor diri untuk start praktikum. macam mana la agaknya. bila dah start jadi pelatih nanti dapat ke tak enjoy macam ni. tapi semua tu atas pilihan kita. ada masa kita arrange la baik-baik kan. so, untuk perlawanan malam ni aku enjoy je. melihat gelagak manusia dalam stadium tu. yang penting bila gembira jangan untuk menang je. bila kalah pun kena sama. haha.

#moral of value: jangan jadi manusia yang bila suka je akan hargai TAPI bila tak suka mulalah hina dan buang jauh-jauh. renung-renungkan#

Monday, January 21, 2013

BUKAN TITIK NOKTAH



kerinduan yang merindukan. hampir empat tahun masa berlalu. bukan suatu detik yang singkat. bila renungkan kembali sungguh pantas masa berlalu. semacam derasnya air hujan yang menimpa bumi. macam-macam ditempuhi bersama. segala suka dan duka. indahnya manis dan pahit. tapi atas perjanjian masa yang termeterai menyatakan setiap pertemuan mesti ada perpisahan. berat rasa hati mahu menaip sejarah silam kehidupan. terlalu banyak untuk dikenang. seronok yang menjulang. keindahan yang penuh mendatang. semakin hari semakin mematangkan kehidupan. banyak yang telah dipelajari. namun tidak akan jadikan perpisahan ini suatu penamatan. akan jadikan ia benteng ukhuwah yang akan kekal bertahan. buat semua teman taulan. selamat berjuang untuk hidup kalian. dengan izin Yang Maha Berkuasa. semoga kita bertemu kembali. semoga berjaya. ingat kita kawan sampai ke syurga.

-kawan, teman & sahabatmu-

Saturday, January 19, 2013

till end


betul la kan manusia tu kadang-kadang bermasalah bukan sebab diri dia bermasalah TAPI pemikiran dia. so, think positive is better. seronok hari ni dapat tidur puas-puas, penat teramat baru balik dari Tasik Kenyir lepas tu terus kemas-kemas barang masuk kereta and drive balik kampung. malam baru sampai. marathon tengok 20 episod last Adam Hawa. Malam ni pekena char kuew tiaw dengan BFF. Best friend forever la. haha. otw balik tu singgah tengok bola jap kedai kopi. dalam tak sedar rupanya banyak perkara buat aku gembira. melalui hari-hari yang penuh bahagia. aku tak mintak tapi perasaan tu datang sendiri. mungkin selama ni aku yang terlalu mengharapkan kegembiraan itu datang setiap masa. macam-macam fikir dan dengar dari mulut orang lain pun tak bagus sebab tak tahu perkara sebenar. hari ni aku mesej kawan Hijau aku dia balas terbaik jer. okey je la. takde la teruk sangat macam orang cakap sebelum ni. dia layan je mesej aku. aku siap tergelak lagi. ingatkan kat depan je berlawak jenaka. dalam mesej pun sama. happy giler!!! walaupun macam-macam orang cakap sebelum ni tapi bila fikir positif tak ada la teruk sangat. semua benda yang berlaku ada sebab kan. mungkin masa tu kita tak tahu dia buat apa. rasa rindu pulak kat kawan-kawan ni. huhu. tapi nak buat macam mana kan. kena berpisah jugak. aku sangat appreciated dengan setiap apa yang berlaku. betul la kan kata orang. bila ada kat depan mata, macam-macam fikir. tapi bila dah tak ada mulalah nak rasa rindulah, hargailah, macam-macam. tapi semua tu perkara biasa sebab masa sekarang baru kita boleh renung dan ingat jasa kawan-kawan. so, untuk malam ni aku rasa sangat rilex sebab macam-macam perkongsian berlaku. so, hargailah setiap apa yang terjadi pada kita. 

-Friends Till End-

Friday, January 04, 2013

black white dinner


inilah wajah geng rumah kita. tema dinner malam tadi black and white. haha. kelakar kan keluar makan siap pasang tema lagi. tapi tema tu tak berapa nak penting. yang penting perut kenyang. haha. yeke? yang paling teramat penting adalah ikatan ukhuwah antara kami berenam. tak sangka dan tak percaya. macam baru semalam kami bercadang untuk tinggal serumah. dah setahun rupanya. cepatnya masa berlalu. tinggal dua minggu lebih je lagi kitorang nak berpisah dan tak jadi housematte lagi. sedihnye!!! yela, macam-macam kami lalui. dan yang paling aku tersentuh adalah banyak aku belajar dari diorang. macam mana jadi manusia merendah diri. banyak tolong orang. jadi orang yang penyayang. jangan suka menilai dan menghukum. banyak bersabar. aku mula melihat macam mana menghargai sebuah persahabatan itu. banyak kasih sanyang dan perhatian. jangan kedekut ilmu. apa yang termampu kita kongsi. aku betul-betul merasai seperti dalam satu keluarga. tak sangka, dah banyak kali aku berpindah randah sebab tak selesa tinggal rumah sewa. setiap semester aku pindah. tapi yang ni sangat istimewa bagi aku. kekal jugak aku tinggal selama setahun. kalaulah semua ni bermula dari dulu. mesti dah banyak kenangan kan. banyak perkara aku belajar. terima kasih semua. kalau nak cerita apa yang aku dapat sepanjang bersama mereka alamaknya memang panjang lagilah. hehe. sambung balik pasal dinner ni memang kitorang dah plan untuk keluar makan-makan. malam tadi kitorang makan ikan bakar dekat bukit tunggal. ingat lagi tempat tu tapi mahal. haha. tak kisah pun sebab ada duit. hihi. lepas tu kitorang jalan-jalan kat kampung cina dan pulau warisan. ambik-ambik gambar dan lepas tu lepak jap kat dataran shahbandar KT. last sekali kitorang pun baliklah dalam keadaan hujan yang renyai-renyai. penat punya pasal terus tidur. hehe. malam yang penuh bermakna. harap dapat lagi macam ni. In Sha Allah suatu hari nanti. ameen.

-menteri kewangan gengrumahkita-
INSTAGRAM: @ANWARMDRAHIM
FACEBOOK: ANWAR MD RAHIM
PAGE: NCR TRAINING & CONSULTANCY
EMAIL: NCRTC.OFFICIAL@GMAIL.COM