Wednesday, December 26, 2012

eL o We E

Haha!!! kelakar kan..tiba-tiba nak bercakap pasal cinta. huhu!! dah angau ke ape? sebelum ni pun ada jer yang mintak opinion and advice pasal cinta. siap nak buat appoinment lagi. tapi bila ingat balik rasa lucu pun ada. nak advice orang lain. diri sendiri pun entah ke mana. bercinta pun tidak. bukan tak bercinta langsung maksud aku. tapi banyak yang GAGAL. bukan aku nak semua tu tapi ni kan dah takdir. aku terima jer. bukan jodoh aku kan. nak meraung macam harimau pun. merayu segala apa pun. dah tu bukan ditentukan untuk aku. nak buat macam mana kan. redha jela.

bila cerita pasal cinta ni. dulu pun banyak kali jer bercinta. sampai satu tahap yang sangat serius. siap jumpa family lagi. tapi tak menjadi jugak kalau tu bukan jodoh kita kan. akhirnya aku rasa tak apalah. kawan-kawan banyak support. diorang cakap one day In Sha Allah akan ada yang lebih baik dari itu. aku percaya. dan sangat percaya. dan sekarang ni makin terbukti. jodoh ada depan mata rupanya. cuma aku kenalah usaha. jodoh tu tak datang bergolek. kena ada effort. kalau nasihat orang bukan main. sekarang ni nah!!! nasihat untuk diri sendiri. hahaha..

siapa cinta aku tu? bila kenal? ermmm...macam mana nak explain ek!! jap nak pikir dulu.. nantilah!!! bila dah terbuka hati aku akan story-story kat sini k. tapi jangan bagitahu orang lain pulak. nanti kan kalah kisah novel terhangat kan baru tau. huhu!! glamerous!!! Istiqarah cinta kerana Allah. niat yang baik. sucikan hati. nak bina masjid yang paling kukuh di dunia. tak nak main-main. semoga redha Allah sentiasa mengiringi perjuanganku. Assalamualaikum cinta!!!

#puteraidamanmalaya#

Tuesday, December 25, 2012

not easy


Life is not easy as I thought. Imperatives many challenges. This is life. Not easy. Not easy as we think. But, we have to be grateful because until now has been able to deal with this life. Right? If not, maybe we can be at the level it is today. I mean, I's own self. Sometimes there is even complain why all this should be encountered. But when think back, is not easy. To get the best things, kinds have encountered. So now we can just go through all that. How did I ever previous post "The Bitter Honey".

Sunday, October 21, 2012

dan bila HUJAN...

bagi salam dulu....

ASSALAMUALAIKUM....

Scene 1

dan pabila hujan, beginilah jadinya..hehe!! malam td sambil tengok hujan...bola pun turun...haha!!! eh salah la..sambil tengok bola..hujan gerimis-gerimis dan perlahan-lahan seterusnya menjadi deras turun dari langit. dan pelbagai aksi berlaku sambil duk depan laptop..sambil mengadap tv..inilah aksi yang sempat di snap --->

#lakonan semata-mata#

gelombang merah. tengok Kelantan vs ATM ni Piala Malaysia. Gomo Kelate Gomo pun mene (menang). Horeeeeeee!!!!!!!! kelantan menang 3-2. walaupun sedih xdapat tengok ramai-ramai kt teflon UMT sebab kena tinggal. Huhu!! berfeeling kat umoh sewa dalam pagor jela depan laptop sambil tgok bola dalam tv1..hehe!!

Scene 2

dan pabila hujan..hujan masih lagi sekejap turun sekejap berhenti..habis bola kalu hujan-hujan camni orang suka tido..tapi aku xtido lagi..haha!! hebat x. kul12malam sambung study balik..key in data dalam spss. Huh!! dang mari rajin and syok buat kje gini la jadinye. sapa kul3pg xperasan. Huh!!! best student ah gni.. pahtu tdo..time tdo x ujan plok.. 

#xdok gambor sebab semua maklumat adalah RAHSIA#

Scene 3

dan pabila hujan keesokannya...hari ni la..hari tengoh naip ni. masa tido tak ujan. bila bangun tido ujan bukan main. tapi yang pelik tu orang ujan-ujan ni syok tdo. tapi aku bangun awal pulok. doh la tdo lewat doh. pagi2 buta bangun doh..haha!! bangun pulok terus ambik buku bewarna biru yang bertajuk Mastering English For Employment (buku EOP)..haha!! rse nok bce buku tu je hari ni. sebab ptg ni ada test interview. kecut perut aku subjek BI ni..hihi!! xwpe omputih sangat ekpun..bosan-bosan bace, gi luor umah tgok air bertakung banjir cam biasa..haha!! tiba-tiba teringat memori 90-an..huhu!! main kapal kertas atas air. walaupun xdok longkang..air yang x berapa banjir ni pun jadi la..huhu!!! 

#kapal ni ah kekg nok naik wak gi kelas#

sampai di sini sahaja dulu cite dan bila hujan. dang molek habis tulis ujan weti doh. napok koho panas. harap-harap sapa petang. 

-SEKIAN-

Thursday, October 18, 2012

PAHIT ITU MADU

Assalamualaikum



Betul ke pahit itu madu? madu kan manis. tapi sebenarnya yang manis pun boleh jadi pahit. inilah KEHIDUPAN sebenarnya. kita sangat mengharapkan kemanisan dalam kehidupan yang kita lalui. tapi kita mungkin tak pernah terlintas bahawa yang manis kita harapkan itu mungkin akan jadi pahit jua kelak. sebab apa ek? ermmmmmmmm. inilah KEHIDUPAN. kita insan yang lemah. manusia itu tidak sempurna. begitu jualah diri kita. tidak sesempurna yang kita sangkakan. tak semua perkara kita buat adalah betul bagi orang lain dan salah bagi kita. faham tak? huhu!! buat-buat faham la. betul la pahit itu madu. sebabnya bila sesuatu perkara itu menjadi pahit tidak semestinya ia buruk atau tidak berguna. tetapi ia sebenarnya akan menjadi madu yang sangat kita hargai selepas itu. bukannya yang kita abaikan. sebab apa? sebabnya cuba kita fikir positif. tuhan mungkin menduga kita dengan ujian itu. mungkin tuhan nak kita jadi lebih baik selepas itu. sebab tu tuhan bagi kepahitan itu terlebih dahulu dan barulah kita dapat merasai kemanisan itu sepuas-puasnya. betul la kan. mane ada orang senang akan senang camtu je. kenalah berusaha. dan nama pun KEHIDUPAN. sape yang tak berani nak lalui kepahitan KEHIDUPAN tak tahu la nak kata apa. tapi aku harap apa-apa pun yang berlaku adalah dugaan dan cabaran yang perlu dilalui. semoga kita semua dapat mengecapi KEHIDUPAN yang diharapkan. tapi jangan lupa pula bila dah senang jangan kita abaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam. kita kena ingat Allah yang bagi kita kesenangan itu dan juga KEHIDUPAN ini. 

#pesanan: jangan takut menghadapi kepahitan kerana aku percaya kemanisan itu lebih lama berbanding kepahitan yang sementara itu#

SEMOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL SELAMA-LAMANYA. INSYAALAH

Tuesday, October 02, 2012

from SABAH to TERENGGANU

# assalamualaikum wbt #

apa khabar orang-orang sabah bha . dari jauh ni bha aku bawak cerita . bukan senang orang sabah mahu datang terengganu . tapi akhirnya berpijak juak mereka di sini . dari sabah ku bawakan mereka ke terengganu . nanti giliran aku pula dari terengganu ke sabah . hehe . sebut ja nak bawak jalan-jalan terus semuanya setuju . semangat diorang ni . tak ada apa-apa nak cerita . tengoklah semangat diorang bergambar kenangan kat masjid kristal dan pantai batu burok . haha .



Wednesday, September 19, 2012

GENG RUMAH KITA

# assalamualaikum #

salam bahagia dari hati untuk jiwa . dua tiga hari yang berlalu ni rasa cam bahagia je . ni cerita kawan-kawan rumah sewa la . bukan love story ye . dulu tinggal lima orang je . sem ni dah jadi enam orang . dulu nak berkumpul lima orang semua kat dalam rumah tu, makan sama-sama, pergi kelas sama-sama rasa macam sangat sukar dan jarang berlaku . hihi . apatah lagi tahun ni bila dah duduk enam orang . tapi segalanya boleh berubah . sebab tu aku cakap bahagia . dua tiga hari ni semua ada . best dapat makan sama-sama . pergi kelas . tengok tv . sembang-sembang . hihi . ehhhhhhhh!!! study sama-sama tak ada ke? haha . akan ada la tu. tunggu!!!! baru je lagi ni . harap-harap berkekalan la sampai habis sem ni . lagi pun sem ni dah sem last kitorang duk umah sewa tu . tahun depan dah nak masuk praktikal . kalau jumpa pun lepas ni mungkin masa konvo nanti . lepas tu dah teramat susah nak jumpa . masing-masing dah bawa haluan hidup masing-masing . dah kerja . dah kahwin . dah ada tanggungjawab . semoga bahagia . so harap dapatlah manfaatkan sepenuhnya saki baki masa yang ada ni . friendship forever . remember always our memory .

#sebenarnya xde apa2 feeling pun time menaip ni . main taip je . guna critical thinking . hehe#

but.....





    





GENG RUMAH KITA

perdana menteri ( menteri pertahanan dan keselamatan dalam dan luar rumah ) : chef din tganu @ abah
timb. perdana menteri ( menteri hal ehwal keluarga dan masyarakat ) : cikgu fifi
menteri di jabatan perdana menteri ( hal ehwal agama dan kebajikan ) : ustaz ariff
menteri kewangan : dato' anwar
menteri pelajaran : sarjan dean kelate
menteri tenaga, air dan teknologi hijau : inspektor yusuf

p/s: semua yg tercatat di atas adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena antara hidup dan mati.

Thursday, September 13, 2012

FESI SABAH

Assalamualaikum

Aku ada seorang kawan dan boleh la nak anggap macam adik pun sebab dia sebaya dengan adik aku. Aku dapat tahu dia dapat sambung belajar kat unimas, sarawak. Tahniah, akhirnya dapat jugak masuk u. Boleh la nak katakan jauh tu jauh jugak la sebab bukan kat semenanjung kan. Lagi pun aku rasa dia mungkin first time kot nak flight ke sarawak tu. Hari tu aku call dia tanye camne persiapan. Dia kata semuanya okey. Cuma satu perkara yang dia tanya dan bunyinya macam risau je. Dia tanye bila dah sampai airport sana camne ek. Camne dengan beg2 yang dia bawak tu. Kat mane nak ambik beg tu. Hahaha..macam la ada orang nak beg dia kan..aku pun cakap la, nanti bila masuk pintu ketibaan, kt depan tu ada la yang berpusing2 atas tempat barang tu. Tunggu dan ambik je beg masing-masing. Bila dah sampai sana nanti ada la fasi dari unimas tunggu. 

#moral of the story adalah bila kita first time mesti kita akan jadi risau dan perlukan pertolongan kan#

Dari kisah tu aku moral of value balik kat tempat aku belajar yakni umt. Kisahnya bila aku jadi fasi untuk adik-adik junior yang baru masuk daftar umt. Sebelum tu, tahniah semua sebab dapat umt. Sambung balik story. First day aku jadi fasi bertugas kat kolej kediaman lelaki. Seronok tengok diorang datang masuk bilik dengan beg yang besar dan macam baru pindah dari rumah. Seronok tengok mak ayah diorang hantar. Ada yang satu family datang. Siap tolong kemas bilik dan pasang cadar lagi. Untungkan diorang ni. 

Tapi macam mana dengan student yang jauh-jauh macam sabah dan sarawak tu. Sepanjang aku bertugas kat blok asrama tu aku tak jumpa mana student dari sarawak. Tapi dari sabah ramai jugak la. Student dari sabah datang sorang2. Angkat beg sorang2. Kemas bilik sorang2. Bila aku tanye, adik flight sorang ke dari sabah? Semuanya jawab ye. Family diorang just hantar kat airport sabah tu je. Mula dari situ aku kenal dengan orang sabah dan adik dari sabah tu perkenalkan aku dengan kawan-kawan yang dia jumpa dari sabah. Sejak pada tu, aku jadi tumpuan adik-adik sabah. Haha..kononnya aku la fesi sabah. Walaupun tak ramai tapi setakat ni yang aku kenal kebanyakan dari sabah kalau nak dibandingkan dengan yang semenanjung. Dan aku terpikir nasib dia mungkin sama dengan nasib kawan aku tu. Terlintas la dengan rasa jujur dan ikhlas di hati ni untuk tolong diorang kat sini kalau ada apa-apa masalah. First time kan mesti diorang tak dapat nak biasakan diri lagi dan macam-macam diorang nak tanye kan. So, jangan salah faham lagi ye. Aku sebenarnya nak tolong diorang sebab diorang first time kat sini macam kawan aku jugak mungkin first time kat sana. Nanti pandai-pandai la berdikari sendiri sebab aku dah last year kt cni. Hehe.


#moral of the story adalah tolong-menolong ni dapat eratkan silaturrahim yang jauh dengan dekat#

SEKIAN

Fesi Sabah

Friday, August 31, 2012

Monday, August 27, 2012

MAAF ZAHIR BATIN

# assalamualaikum saudara/i seantero dunia #

baru berkesempatan ni nak post ucapan raya . tahun ni syawal 1433H bersamaan 2012 Masihi . maknanya ni raya tahun 2012 la . sekejap je kan . rasa baru je lagi puasa . seronok puasa tahun ni . ceh tiba-tiba cite pasal puasa . haha . yela puasa tahun ni seratus peratus berbeza dengan puasa tahun lepas . tahun lepas aku puasa di bazar ramadan sebab berniaga . tahun ni puasa kat umah da . dapat terawih and solat jemaah kat surau dekat umah . dengan imam import lagi . macam biasa imam dari thailand . ustaz zakaria aka ya . hehe . ok ok . masuk cite raye balik . baru sempat nak post ni sebab dah dapat online wifi free . hehe . maknanya aku dah kt tempat belajar . hari tu cuti . x dapat nak online mane . huhu . kesian kan orang yang xdek broadband cam aku ni . baiklah . dikesempatan dan penghujung bulan syawal ni . masih sempat la nak wish selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semualah .terutamanya keluarga aku . kawan-kawan . cikgu-cikgu dan pensyarah semuanya . dan tak lupa mana-mana kenalan yang mengenali diri ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . ehhhhhhh . ada lagi ni . dan muslimin muslimat sekalian .


# MAAF ZAHIR BATIN #

Monday, April 02, 2012

NEW SPIRIT

# assalamualaikum human #

tiba-tiba je dapat spirit baru .
mungkin baru sedar kot selepas hampir setengah sem berada di bawah tahap kurang sedar .
hahahahaha .
untuk tersekian kalinya aku ter'study' kat rumah ni .
bukan study sangat la cuma draf untuk PITA .
demi pita sanggup ku lahirkan semangat baru .
nak berjaya kan kena ada semangat .
kata nak berjaya . nak cemerlang .
so . bila dah semangat tu usaha la .
bagi motivasi sikit kat dalam diri .
tapi jangan sampai stress tahap cipan plok .
nanti pita bertukar jadi pitam . huhuhuhu .
sape nak tanggung .
jadi, tak nak menaip panjang-panjang .
paham-paham la . sedar-sedar la .
don't waste your time more .
usaha lift kejayaan .










#good luck alls#

Saturday, March 31, 2012

KAMI WILAYAH BIRU

# assalamualaikum #


kami berjiran dengan HOT FM
tengok tu ada usop welchair (s8)


team nestea 

#jom heboh terengganu 2012#

Thursday, March 29, 2012

Friday, March 09, 2012

# wakenabebbbbbbbbb #

:: assalamualaikum korang-korang yang tersayang dan disayangi ::

ingatkan episod semalam dah berakhir . rupanya ada lagi sambungan hari ni . huhu . terketar-ketar . berdebar-debar . nak menangis pun ada . korang ni memang la . terharu tadi tak hilang lagi ni . patut la aku rasa cam pelik je . rupanya nak kena wakenabeb . argggghhhhhhhhhh . terharunya . demi seorang kak long . aku layan je feeling dia . sad story konon . nasib baik kisah benar . tapi tidakkkkkkkkk . kenakan aku rupanya . berlakon watak sebenar itu lebih baik . sampai aku dah tak terkata-kata . tup-tup kena serbu . dan nyanyi . " happy birthday to me" . hehe . lawaknya . xpernah sebelum ini .

yang belakang tabir pembikinan plan ni pulak si kak ngah rupanya . pengarah program . dan konco-konconya . siap ada ajk lagi . terima kasih sesangat dan sebanyaknya . terharu ni . first time ni . xpernah diraikan camni. malam tadi dengan housematte . hari dengan korang . tak tahu nak refleksi perasaan ape lagi ni . yang pasti . thank you so much tunaikan impian saya nak cheeze cake . kalu tak buat permintaan mesti dapat kek besar kan. hehe . tapi yang tu pun dah bersyukur . mavelessssss .

perasaan tadi sangat terharu . mula-mula aku terketar-ketar . tiba-tiba rasa berdebar . sebab terharu tahap dewa kot . terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhh .

# special thanks to my kakaks . kak long ( Hazmimie Irairah ) . kak ngah ( Fieyza Syakir ) . alea .shariema . kekasih ibu . mawar hitam . maher ah . fitri hassan #

Bufday Boy 23:1 hari .

Thursday, March 08, 2012

ALHAMDULILLAH DAH 23

# assalamualaikum #

hari dan dah sambut ulangtahun keputeraanku yang ke-23 .
dah besar rupanya .
dah boleh mengundi .
nasib baik dah daftar .
special thanks kat semua .
special sikit tahun ni sebab ada kek .
seumur hidup aku rasanya xpernah potong kek hari jadi .
sebab asyik celebrate kt orang lain je .
lepas tu dapat suprise call dari anak-anak tadika smart caliph .
diorang nyanyi lagu Happy Birthday .
so sweet .
terima kasih kat keluarga dan kawan-kawan yang tak henti-henti hantar ucapan hari lahir sama ada mesej ke, post kt fb ke . amat appriciate . tq alls .
semoga kita sama-sama berada dalam keredhaanNya . InsyaAllah . ameen .



# selamat hari lahir saya #

Sunday, January 15, 2012

# outing #

...assalamualaikum...

hai manusia-manusia sume
how are you?

esok last paper utk exam sem ni
fuhhhh..cam killer paper je rse
tapi otak ni still ingat # outing # hari tu
best tp still dok puah sbb skjp je

gi masjid kristal + KFC

-photo upload later-

Sunday, January 08, 2012

Saturday, January 07, 2012

STUDY . STUDY . STUDY

asyik-asyik study.....study and study.....
sapa bile nok habis study ni...
padahal..study untuk exam je...
lepas abih exam...terus dok ingat gape hok study tu..
kihkihkihkihkihkihkih.....

tapi xpela...
study puah-puah....
lepas habis belajor..graduate..and then keje...huhu..
pahtu kahwin...hehehe...

-doakan untuk ambe deh-

SELAMAT STUDY SEMUA

Sunday, January 01, 2012

WELCOME 2012

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

 
# tahun lepas aku tido (2011) . tak sangka aku bangun tahun baru (2012) #
lama aku dibuai mimpi kenangan tahun-tahun yang berlalu
tapi aku bersyukur sebab masih bangun dari tido dan menikmati kehidupan dunia ni

dah 2012 eh .
cam tak percaya tapi kena la percaya
 # i wish happy new year 2012 #
# hope 2012 more better than before #
# yang baik jadikan teladan & yang buruk jadikan sempadan #

- semoga redha ALLAH sentiasa mengiringi hari2 mendatang -

# AHLAN WASAHLAN 2012 #
INSTAGRAM: @ANWARMDRAHIM
FACEBOOK: ANWAR MD RAHIM
PAGE: NCR TRAINING & CONSULTANCY
EMAIL: NCRTC.OFFICIAL@GMAIL.COM