Friday, September 24, 2010

Diari Ramadhan Deen (DRD)

Sejak kembali sibuk ni, nak menulis kat blog pun dah tak ada masa. Sekarang ni pun aku curi-curi masa nak menulis "Diari Ramadhan Deen". Alhamdulillah ku panjat rasa kesyukuran terhadap Allah SWT kerana pada tahun ini aku, keluarga dan rakan-rakan masih diberi peluang untuk meneruskan perjuangan berpuasa di bulan Ramadhan walaupun pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi. Ucapan takziah kepada yang telah kembali bertemu Allah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Baiklah, berbalik kepada diari ramadhan aku pada tahun ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang melanda. Setiap minggu pasti ada yang peristiwa yang mendukacitakan. Huhhh!!!! nak buat macam mana, dah namanya dugaan. Aku terima dan aku pasrah. Peristiwa yang aku nak kongsikan yang aku tak akan lupa sampai bila-bila adalah sewaktu aku menunggang motor pada lewat malam. Masa tu aku nak pergi hantar helmet kawan aku dan nak mintak dia ajar sikit camner cara nak buat assignment. Sepanjang aku ke rumah kawan aku tu, aku tak sedar langsung yang aku telah membawa seekor anak ular sawa kat dalam raga motor. Uisyhhh!! ganas...huhu...mujur anak ular sawa, bukan ibu ular sawa..tapi orang kata ular ni tak berbisa..hehe!! ada ke patut dia tidur dalam raga motor aku. Masa tu gelap, memang aku tak nampak langsung ada benda kat dalam raga motor aku...fuh!!! dasyat...nasib baik aku letak helmet kt raga motor..ular tu tidur kt dalam helmet tu. Aku perasan pun masa nak amek helmet tu nak bagi kawan aku, masa aku angkat helmet tu rasa macam ada tali yang liat..tapi nampak corak batik..apa lagi, aku terus campak helmet tu..huh...dan akhirnya, aku lebih berhati-hati lepas tu..nak tahu apa jadi pada ular tu..ermmm...?????

Kisah lain, bulan puasa tahun ni best sebab dapat berbuka kat rumah sewa, macam-macam juadah dan aksi masakan yang dapat ditonton oleh mereka yang berbakat..hehe!! pergi bazar ramadhan yang bagaikan syurga makanan..tapi aku masih beringat-ingat supaya tidak mengikut nafsu. Lepas tension kat pantai..fuh..syok. Lagi, aku hujung minggu balik berbuka rumah abang kat kampung ayah. Then, akhirnya dapat jugak berbuka, bersahur dan berpuasa kat rumah bersama family. Last ramadhan sangat best sebab semua adik-beradik dapat berkumpul dan berbuka bersama-sama. Sungguh menarik dan best tahun ni.

"Ya Allah, jika Kau dengar doaku ini Kau kabulkanlah Ya Allah. aku memohon padaMu agar kami semua dipanjangkan umur, diberi perlindungan dan kesihatan yang baik supaya dapat bertemu lagi pada ramadhan yang akan datang dan menyambut aidilfitri dengan penuh kesyukuran serta kegembiraan..amin.."

Sunday, September 12, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010

.....Assalamualaikum.....
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar

Takbir raya bergema
Meraikan kemenangan sebulan puasa
Syawal dirai bersama-sama
Memohon maaf sesama manusia

Saya
MOHAMAD ANWARUDDIN BIN MAMAT @ MD RAHIM
dan
KELUARGA
ingin mengucapkan 
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
"MAAF ZAHIR & BATIN"
kepada 
sanak-saudara, jiran tetangga, guru-guru, sahabat-handai
dan seluruh umat Islam walau dimana berada

tidak lupa juga kepada
rakan-rakan blog, facebook dan yang mengenali diri ini

semoga Lebaran kali ini lebih bermakna
dan bermaafanlah sesama kita


..SALAM LEBARAN & SALAM SYAWAL..
INSTAGRAM: @ANWARMDRAHIM
FACEBOOK: ANWAR MD RAHIM
PAGE: NCR TRAINING & CONSULTANCY
EMAIL: NCRTC.OFFICIAL@GMAIL.COM