Tuesday, February 24, 2015

Seremeh-remeh Salam Pun...



ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah, hari ini saya ada membaca satu nota kecil yang sangat menarik untuk dikongsi mengenai Salam. Perkara yang sangat simple untuk diamalkan yang menjanjikan ganjaran yang sangat hebat jika diiikuti. Jom sama-sama kita baca. Sebelum tu, jawab salam saya kat atas tu dulu. hehe!!

1. "Ada orang secara personalitinya memang berat mulut untuk bersembang. Maka jarang sekali dia menjadi orang pertama yang memberi salam..
  Ada orang yang lain pula sengaja menunggu orang lain memulakan salam kepadanya. Dia merasakan dirinya lebih tinggi daripada orang lain. Sebahagian pula entah mengapa memang segan atau malu untuk mengucapkan salam.
  Tidak kurang juga ramai yang suka menyapa. Peramah orangnya. Sedihnya ayat pertamanya, "Hai, apa khabar, selamat pagi", bukannya assalamualaikum.
  Apalah sangat soal salam. Bukan wajib! Banyak amalan sunat lain lagi yang boleh dilakukan. Soal remeh sahaja.

2. Paling Mulia pada Allah
Seremeh-remeh salam, orang yang paling mulia di sisi Allah ialah yang dahulu memberikan salam. Nabi bersabda: "Sesungguhnya seutama-utama manusia pada Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberikan salam dalam kalangan mereka." (Riwayat Abu Dawud)
  Demikian ukuran Allah. Berbeza dengan manusia, seseorang dilihat mulia apabila ramai orang yang berlumba-lumba menyapanya.

3. Nabi Buat
Seremeh-remeh salam, Nabi memberi salam kepada kanak-kanak. Pada satu hari, Sayidina Anas melewati sekumpulan kanak-kanak. Lantas beliau memberikan salam kepada mereka. Kemudian beliau berkata: "Dahulu, Rasulullah s.a.w. juga melakukan seperti ini." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  Tinggi mana darjat kita berbanding Nabi sehingga enggan untuk memulakan salam?

4. Syiar Islam terbaik
Seremeh-remeh salam, itu syiar Islam terbaik. Rasulullah pernah ditanya, "Mana satu amalan Islam yang terbaik?"
  Lalu jawab Baginda: "Kamu menjamu orang makan dan mengucapkan salam kepada orang yang dikenali mahupun tidak." (Riwayat al-Bukhari)

5. Berkat pada Diri
Seremeh-remeh salam, pasti akan membawa keberkatan pada diri dan keluarga. Nabi pernah mendidik Sayidina Anas bin Malik, "Wahai anakku, jika kamu hendak masuk ke tempat keluargamu, maka ucapkanlah salam, nescaya akan berkat atas kamu dan seluruh keluarga rumahmu." (Riwayat al-Tirmizi)

6. Strategi ke Syurga
Seremeh-remeh salam, menjadi strategi penting untuk masuk syurga. Rasulullah mengajar kita: "Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu tidak akan benar-benar beriman sehinggalah engkau semua saling menyayangi.
  Mahukah kamu kalau aku tunjukkan pada sesuatu, yang jika kamu melakukannya tentu kamu semua akan saling mengasihi? Sebarkanlah salam antara kamu!" (Riwayat Muslim)

7. Pesona Salam
Ucapan salam bukannya sekadar adat bermanis mulut. Assalamualaikum bermaksud "sejahtera buat kamu". Bermakna setiap kali mengucapkannya, kita mendoakan agar saudara kita selamat sejahtera. 
  Subhanallah, sucinya hati orang yang suka mengucapkan salam! Sabda Nabi: "Al-salam salah satu nama Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkan salam antara kamu." (Riwayat al-Bukhari)

sumber: Ezy-Dakwah @SOLUSI siri 11

Wednesday, February 18, 2015

Terima

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


hidup ini tidak perlu fikir bagaimana ia bermula tapi fikirlah bagaimana ingin mengakhirinya. begitu juga dalam mencari kebahagiaan. bagaimana kesudahan kebahagiaan yang kita perlukan. adakah sekadar kebahagiaan untuk perhiasan dunia atau ingin menuntut agar terus kekal bahagia hingga akhirat kelak. fikir-fikirkan dan istiqomah dalam hati dan jiwa.

Thursday, January 01, 2015

dua ribu lima belas masihi


aku terima nikahnya dengan mas kawen dua ribu lima belas ringgit. SAH!! huh sah terus. practice practice. hahaha. tak sangka kan sekejap je setahun dah pun masuk tahun baru. tak perasan dah apa yang plan tahun lepas tercapai ke tidak. tapi tak perlu risau tercapai ke tidak sebabnya kita perlu percaya bahawa perancangan Allah itu lebih baik dan jauh lebih sempurna. tahun baru mesti azam baru kan. tapi azam aku sama jela nak hidup menjadi lebih baik. kalau semalam tak berapa baik, hari ni nak jadi baik dan esok nak lebih baik. graf hidup ni mesti kena sentiasa meningkat. kalau menurun tu maybe ada something problem tu. kena check balik. tak perlu check kat hospital. check sendiri sendiri je diri kita dengan tuhan macam mana. muhasabah sikit. azam perlu ada dan ditanam dalam pasu sebab azam tu bukan nama orang tapi pokok. azam ni boleh memotivasikan kita supaya bila kita tengok azam kita tu tak tumbuh tumbuh. mungkin kena cari baja yang boleh buat azam tu cepat cepat tumbuh. harap harap faham.

alhamdulillah tahun yang lepas berlalu dengan pelbagai onak liku duri sembilu. eh macam yang pahit pahit je. tapi yang manis bak madu pun ada. dalam masa setahun ada tiga perkara yang dikurniakan. bukan dapat anak eh. awal awal tahun dulu dapat offer jd researcher assistant. tengah tengah tahun bersama team berjaya menubuhkan syarikat motivasi dengan jenama yang tersendiri. akhir akhir tahun dapat sambung belajar peringkat master. jadi sekarang tiga peranan dimainkan sebagai pekerja, boss no. dua dan pelajar. syukur rezeki yang dapat pada tahun lepas. harap harap dengan doa dan usaha tahun baru ni kehidupan terus success dengan rezeki dariNya. ameen.

awal awal tahun ni rasa sebak, sedih, terkilan juga sebab mengenangkan nasib mangsa banjir di pantai timur terutamanya di kelantan yang mengalami bencana yang sangat teruk. tengok kat dalam tv pun tak dapat nak gambarkan macam mana keadaan mereka, inikan pula kalau dapat tengok depan mata. semoga mereka diberi kekuatan dalam menerima ujian ini dan sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. jom sama sama kita berdoa agar dilindungi dan diberi kesihatan yang baik. semoga tahun baru memberi nafas baru untuk meneruskan hidup walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang kita dah tempuhi lalu. selamat tahun baru dua ribu lima belas masihi kepada semua. 
INSTAGRAM: @ANWARMDRAHIM
FACEBOOK: ANWAR MD RAHIM
PAGE: NCR TRAINING & CONSULTANCY
EMAIL: NCRTC.OFFICIAL@GMAIL.COM