Monday, October 31, 2011

Thursday, October 27, 2011

I AM GREEN



UMUM

{Cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan
{Cenderung merekacipta
{Cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna
{Bersifat ingin mengetahui
{Memahami konsep
{Berpengetahuan luas
{Berdasarkan teori
{Bijak dan mahir
{Panjang akal
{Kompleks
{Tenang
{Sabar
{Berfalsafah
{Berprinsip
{Berasaskan logik

DIRI SAYA
• Saya cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan
• Saya cenderung untuk merekacipta sesuatu yang baru
• Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna
• Bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan
idea
• Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir
dan panjang akal
• Mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip dan jujur
• Mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan
• Saya mempunyai ciri-ciri anallitikal, investigatif dan hipotetikal

TEMPAT KERJA
• Saya seorang pemikir konsep yang bebas
• Bagi saya kerja itu adalah permainan
• Sering menghadapi cabaran tugas dengan tenang
• Suka merekacipta model, meneroka idea atau membina sistem bagi memenuhi
keinginan untuk menonjolkan pembaharuan
• Apabila saya telah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih ke
projek lain dan membuiarkan orang lain menjaga dan mengendali projek lama

ZAMAN KANAK-KANAK
Saya seperti lebih tua dari umur saya dari segi pemikiran.
Fokus saya adalah kepada perkara yang paling saya minati, iaitu mendapat
pencapaian yang tinggi dalam subjek yang meransang mental saya.
Saya tidak sabar dengan kaedah latih tubi atau rutin. Saya mungkin
menyoal guru atau orang lain.
Saya fikir adalah perlu untuk menghormati guru sebelum saya boleh belajar
daripada mereka .

sumber : Inventori Personaliti Warna (IPW)

INSTAGRAM: @ANWARMDRAHIM
FACEBOOK: ANWAR MD RAHIM
PAGE: NCR TRAINING & CONSULTANCY
EMAIL: NCRTC.OFFICIAL@GMAIL.COM