Tuesday, November 01, 2016

IG CINTA






















MAAF la!!!!

kalau account IG aku ni 
penuh ayat-ayat power
sarat dengan gambar mesra berdua
banyak senyum dan tawa
sakan ke sini ke sana
makan minum cukup berselera

maklumlah
yang dicari baru jumpa
baru nak mula bercinta
nak menyapa
berkongsi cerita
beramah-mesra
bermadah pujangga

ALHAMDULILLAH
benarlah jodoh itu rahsia ALLAH
DIA yang Maha Mengetahui segalanya
DIA mengatur segala kehedakNya

Aku juga tidak pernah menyangka
Jodoh hadir tidak terduga
Tidak jauh cuma di depan mata
Tanpa perlu mula dengan cinta
Sudah cukup percaya ini takdirNya



Tak ramai follower pun....
Klik klu nak follow IG aku. HAHAHA!!!

Thursday, September 22, 2016

Ku Pilih Hatimu


























"Ku pilih hatimu tak ada ku ragu"
Ya!! kerana itu aku pantas menaip lirik kata
tanpa ada bicara suara
tanpa irama berlagu merdu
sewaktu mula melamarmu
detik hati memilih tanpa ragu

"Mencintaimu adalah hal yang terindah dalam hidupku oh sayang"
sejak qabulnya lafaz sakinah itu 
segalanya indah untuk ku berikan cinta kepadamu
kerana ketulusan itu tergambar diwajahmu
kerana cinta mekar terhias dihatimu

"Kau detak jantung hatiku"
dalam setiap senyummu adalah senyumku
dalam setiap tawamu adalah tawaku
dalam setiap tangismu adalah tangisku
dalam setiap perjalananmu disisimu adalah aku

"Setiap nafasku hembuskan namamu"
ke mana ku tuju pasti merindu
di fikiran sentiasa ingin mengingat kamu
dalam tadahan doa ku singkap namamu
supaya lena ku bangkit masih bersamamu

"Kau segalanya untukku"
segalanya kita berkongsi
aku tidak mahu jika kau tiada disisi
kerana cinta kita setia bersemi
selamanya kekal dan abadi

I LOVE YOU SAYANG

Friday, September 16, 2016

160916

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah. I am official married. I am official husband.















Alhamdulillah
Ungkapan syukur daripadaku sesungguhnya hanya kepadaNYA
Dengan nikmat rasa bahagia dan gembira
Tika saat, waktu dan usia hari ini berkunjung tiba
DIA menghadirkanmu untukku dengan janji setia
Tika amanah dan tanggungjawab hadir perlu dilaksana
DIA menghadirkanmu disisi untuk berjalan bersama
Dalam melayar bahtera kasih berdua

Jika ada rasa lebih istimewa dari bahagia
Itulah nikmat yang sedang aku rasa
Jika ada madah lebih indah dari cinta
Itulah lafaz yang ingin ku kata

Ku harap kisah ini bukan mimpi
Tapi sebenar-benar indah dalam realiti
Kerana cinta kita mula bersemi
Kasih dan sayang turut disulami
Bersamamu bergelar isteri
Dan juga kekasih hati

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, aku sah bergelar suami kepadanya. Semoga ikatan ini beroleh rahmat, barakah, sakinah dan mawaddah dariNya.

Teringat..
Bulan 7 tahun lepas saat pertama dari jauh aku membariskan lamaran aku kepadanya.
Selepas 7 bulan berlalu keluarganya mengizinkan ikatan pertunangan dilangsungkan.
Kemudian 7 bulan 7 hari terhitung sudah berkunjung tiba.
Maka, 7 dulang hantaran aku hadiahkan kepadanya untuk hari bahagia kita.

Selamat Pengantin Baru Isteriku, Puan Juhaida Ibrahim.

16 September 2016
9.00 Malam
Kota Bharu, Kelantan


      

Monday, August 22, 2016

SAHABAT FRIENDSHIP


Friendship isn't how you forget, but how you fogive.
Not how you listen, but how you understand.
Not how you see, but how you feel.
Not how you let go, but how you hold on.


Kerana beginilah mereka, sahabat yang ku miliki kini.
Semoga ukhuwah itu berkekalan.

Wednesday, April 27, 2016

Sekejap tapi Bahagia

APAKAH????

itu adalah masa yang ingin dirungkai. nikmat masa yang Allah beri dalam hidup ni, setiap detik itu ada makna. dan makna itulah yang akan merungkai isi sebenar yang tersirat di jiwa. Jiwa itu dari dalam yang kita tak nampak tapi kita hayati dan nampak dalam kegelapan. Maksudnya walaupun ia gelap tapi ia bersinar dengan rasa bahagia. sebab bahagia itu adalah cahaya.

antara dua kisah yang lebih kurang sama perjalanan ceritanya. tidaklah lama tapi itulah yang meniti bahagia. apa itu sekejap? maksudnya tempoh masa yang tidak lama diambil. diambil untuk apa? untuk saling mengenali dan percaya. apa lagi? saling memahami dan menerima seadanya. tapi yang paling penting adalah ikhlas vs jujur. dan penting juga saling kasih dan sayang. sebab rasa itu datang dari jiwa. apa itu bahagia? perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. tapi mungkin boleh dicatat dengan tulisan. bila bahagia kita akan sentiasa senyum. hati rasa tenang. tak perlu nak stress. konklusi dari maksud sekejap tapi bahagia adalah saat perkenalan antara kita dan antara kami yang sangat singkat. tak perlu ambil masa yang lama nak kenal. dan bila kenal sampai sekarang rasa sangat bersyukur serta bahagia.

siapakah? mereka ialah antara dua kisah itu. pertama ialah si dia yang bakal jadi permaisuri hidup ambe. singkat perkenalan, tak ada bercinta, tak ada dating. tapi Allah telah pilih ambe untuk jadi imam dalam hidupnya nanti. dan semestinya apa yang akan ditempuhi nanti itulah rasa bahagia yang akan terus menjelma. siapa kata perlu kenal lebih lama seseorang itu baru kita akan tahu bahagia ke tak bila bersama. tak pun sebab Allah dah merancang sebaiknya. ambe diterima dan sebulan lebih macam tu la ambe bawa rombongan meminang terus. gelojohnya ambe. hehe..

kedua ialah sahabat. ayie (bukan nama sebenar - orang korea) yang ambe kenal tak sampai sebulan pun. dia ibarat perantara persahabatan ambe dengan yang lain. lepas itu kenal syukur (orang pulau) kenal sidek (abam sado) kenal nisa' (suka korek hidung) kenal farah (tokey tudung) kenal dyy (adik manis). sahabat yang berantaian. dah jadi macam satu family. walaupun kadang-kadang ambe rasa macam menumpang persahabatan orang lain. tapi ambe buang rasa tu sebab ambe rasa mereka ikhlas dan sangat baik. dan sampai sekarang rasa sangat bahagia. sebab ada sahabat yang ambe tak perlu ambil masa lama pun nak kenal. kenal sekejap jer dan kami terus bersahabat sampai sekarang. ibaratnya hidup tak lengkap kalau sorang tak ada dan rasa pelik bila lama tak jumpa. tetttttttt!!!!

ok sebenarnya, bahagia itu sangat subjektif. sebab ia datang dari jiwa. benda yang kita tak nampak dan payah untuk nilai. tapi tak payah pun nak nilai sebab yang terzahir dari jiwa itu akan terlahir dari senyuman kita. seperti saraf-saraf dalam badan yang berinteraksi antara satu sama lain untuk menyampaikan maklumat serta melakukan pergerakan. macam tu lah hati sampaikan maklumat kat bibir supaya senyum bila hati rasa bahagia. jadi, jangan menilai persahabatan itu dengan waktu, tapi nilai dengan hati dan keikhlasan. sebab kita tak nak berkawan sebab nak ambil kesempatan. Ok tamat.

#siblingsforever #friendshipisawesome #kakitravel #kakihipster #kakifesyen #brotherssisters 

SEKIAN.

Wednesday, March 09, 2016

Dulu, Sekarang, Dan.....

Dulu kawan saya,
Sekarang tunang saya,
Dan In Sya Allah bakal suami saya.
.
.
aku pun balas
.
.
Berkawan hanya biasa,
Bertunang tanpa bercinta,
Dan In Sya Allah romantik bila berkeluarga.
.
.
Tak sangka ini petikan ucapan sempena #turns27 aku semalam yang sangat mencuit hati. Tak sangka puitis juga ayat awak bagi.

ALHAMDULILLAH hari ni dah genap sebulan menjadi tunangan orang. Kalau nak dihitung terasa macam lama lagi nak tiba hari yang dinanti. Tapi sekarang masa berputar cepat je. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar.

OK. tu jer. 

Tuesday, March 08, 2016

Angka DUA & TUJUH

ALHAMDULILLAH...
.
.
.
.
.
8 MAC 1989 - 8 MAC 2016
.
.
.
.
.
Sampai ke saat ini Allah masih pinjamkan nyawa untuk aku. Syukur sebab dapat lagi merasa nikmat sebuah kehidupan ni. Kalau masa zaman muda remaja dulu, kita sering tersasar dan tak tahu apa matlamat kita hidup kat dunia. Tapi, dalam usia yang semakin meningkat ni, Allah iringkan juga sekali dengan kematangan kita berfikir dan melakukan sesuatu. Harap-harap, kita dah pasang tujuan kita hidup di bumi Allah ini. Hidup ingin menjadi khalifah dan seorang manusia yang bercita-cita ingin ke syurga. Bila kita berkeinginan, bukan sekadar bercakap mahukan itu dan ini. Tetapi, meluncurlah ke arah itu supaya dengan izinNya kita berjaya menggapainya. Semoga apa yang kita impikan akan tercapai.

Walaupun dulu kita jahat, tak apa. Kita lupakan kisah yang dulu. Perkara yang berlalu biarlah terus berlalu. Minta ampun dan taubat, insyAllah kita akan menjadi ibarat kain yang putih yang ingin dicorak semula. Sesungguhnya DIA MAHA PENGAMPUN. "Allah takkan mengubah sesuatu perkara melainkan kita yang mengubahnya". Jadi, setiap peluang kita hidup ni ada pintu-pintu keampunan. Ubahlah diri menjadi lebih baik. Di dunia ni pun setiap keburukan kita tak akan dipandang, apatah lagi di akhirat kelak. Semoga diri ini turut istiqomah dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Kalau tak drastik pun, secara perlahan-lahan pun satu nikmat yang Allah detikkan dalam hati ini.

Sempena ulangtahun kelahiran saya yang ke-27 tahun ini, sama-sama kita memohon doa bukan untuk diri saya sahaja, tetapi untuk kita semua agar segala urusan kita dipermudahkan, diberi kesihatan yang sempurna, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia supaya kita dapat terus beramal dan mengumpul fadhilat pahala yang akan menjadi bekal untuk akhirat kelak. InsyaAllah.

Sebagai tanda penghargaan juga saya ingin merakamkan TERIMA KASIH kepada mak dan ayah, dua insan yang melahirkan dan membesarkan saya. Mendidik dan memberi penuh kasih sayang. Untuk adik-beradik yang menjadi penyeri dalam keluarga. Sahabat-sahabat yang sering melakar memori bersama saya. Terima kasih untuk ucapan dan doa semua. 

-SELAMAT HARI LAHIR ANWAR- TURNS 27 


Monday, March 07, 2016

Dia Lebih Muda

ASSALAMUALAIKUM...

Siapa yang lebih muda tu? Siapa?? Ooo.. bakal SUAMI. 

Aku jadi tertarik nak share pasal kisah ni sebab story ni sangat sinonim dengan persekitaran aku. Untuk kakak-kakak atau yang gegirls ada baca statement ni, boleh je kalau nak baca. Tulisan ni sekadar pandangan sahaja. Kalau baca and then boleh terima, thanks. Tapi kalau baca tapi rasa payah nak terima, it's ok, jangan baca lagi. abang tak bersalahhhhh!!!!

Sebenarnya lelaki yang bakal menjadi suami ni umurnya lebih muda dari si perempuan yang bakal menjadi isteri ni tak jadi satu masalah pun. Macam panjang je nak faham. Sebenarnya, bakal suami lebih muda dari bakal isteri ni tak menjadi satu masalah pun. Ok pendek sikit. Sebab apa?? sebabnya kadang-kadang lelaki yang muda ni dia punya pemikiran tu lebih matang nak habaq hang. Jadi, kakak-kakak janganlah nak risau kalau tiba-tiba ada lelaki lebih muda datang melamar. Jangan banding-bandingkan umur, jangan terlalu pandang akan kekurangan diri sendiri atau diri si muda tu. Senang cite, jangan terarah pada pemikiran yang negatif dahulu. Tengok la secara lebih terbuka dan positif.

Tapiiiii macam mana nak tahu lelaki tu matang ke tak?? Bagi pandangan aku la, kalau lelaki tu nampak matang dia akan fokus pada future life dia. Dah tak ada dah nak ajak bercintan-cintun ni. Nak try test market dulu la, ape la. Dah tak ada macam zaman old school dulu-dulu tu. Lelaki ni walaupun dia lebih muda, tapi dia dah fikir masa depan macam mana. Dia akan sampai satu masa jadi berani nak berterus-terang. Sebab apa aku cakap sampai satu masa? sebab dalam tempoh tu dia dah usha-usha kakak-kakak sume, dah buat research dan akhirnya dikaulah wanita dambaan yang dicari. Baru la cakap "awak, sebenarnya saya...." Fuhhh!!! macam novel. 

OK, lagi dia ni dah ada planning nak buat apa. Direct terus nak ajak kahwin. OPPssssss...tapi jangan tak kenal langsung nak ajak kahwin. Lelaki ni dah prepare and get ready nak jumpa mak ayah. Dia lebih terbuka dan tak kisah dah kena reject ke apa sebab sekurang-kurangnya dia berani dan mencuba dan melepaskan segala hajatnya. Tapi kalau kena reject mesti sedih kan. Kadang-kadang perkara yang kakak-kakak tak pernah fikir pun, dia lebih advance fikir. Sebab dia dah nampak apa yang dia perlu buat. Nampak tak dia cuba nak ambil tanggungjawab tu. Tapi akak kena la pastikan dia cakap bukan sekadar manis di mulut. Saya yakin akak akan mengenali bakal pasangan dulu kan even secara basic sekali pun.

Yela, macam aku la kalau aku betul-betul nak kat orang tu, mesti kena bagitahu kan. Kalau tak bagitahu macam mana dia nak tahu yang kita suka kat dia. Macam tu la jugak konsep nak jumpa mak ayah ni. Selagi kita tak jumpa mak ayah dia, kita tak akan dapat tahu yang hubungan ni direstui dan satu lagi mesti kita nak shown yang kita ni memang betul bersungguh-sungguh dan niat ke arah yang baik. Alamakkk...berapa banyak 'dan' laaa. Kalau la lelaki tu diam dan tak buat apa-apa, dia sendiri akan rasa menyesal dan kematangan nak bina hubungan tu tidak terserlah. Senang cite tak sampai tahap nak matang lagi la.

Jadi, tak salah menerima dan mengenali terlebih dahulu. asalkan masih dalam saluran yang betul. Jangan belakangkan orang tua kita tu paling penting. Jangan terlalu obses dengan usia yang lebih muda tu. "Ehhh,,you muda kot". "I anggap you macam adik je". "kita mana boleh kahwin, awak muda dari saya"...dah tak valid dah ayat macam ni. Jodoh pertemuan tu tak pernah dihitung dengan usia. Walaupun you alls pernah target nak kahwin dengan orang yang lebih usia atau sebaya, tapi kalau dah jodoh, dialah orangnya. 

Tapi kan, kakak-kakak kalau dah bawak lelaki tu datang jumpa mak ayah akak, sebenarnya akak sendiri pun syok kat dia kan. Takkan la saje-saje nak bawak. Kalau tak suka, mesti dah reject dari awal-awal kan. HEHE!! cuma yang sering terlintas dalam kepala, 'Dia Lebih Muda'. Akhir kata, semoga bertemu jodoh yang baik-baik.

Memetik dari tajuk ni, sebenarnya contoh yang paling dekat dengan kita ialah Nabi Allah yakni Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah.

OK. dah habis. nanti kita sambung cerita pasal Rezeki & Meniti Alam Perkahwinan. Terima kasih.

INSTAGRAM: @ANWARMDRAHIM
FACEBOOK: ANWAR MD RAHIM
PAGE: NCR TRAINING & CONSULTANCY
EMAIL: NCRTC.OFFICIAL@GMAIL.COM