Thursday, January 24, 2013

happy ending

assalamualaikum

Alhamdulillah. syukur atas nikmat yang diberikan hari ini. Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. ingatan buat diri sendiri bahawa hari ini bukan sekadar sambutan tapi mengingati dan mencontohi perjuangan Rasulullah S.A.W sepanjang masa. jangan lupa membasahi lidah dengan lafaz selawat ke atas baginda. sentiasalah upgrade dan update diri menjadi lebih baik. Ameen.

#change channel#

Happy Ending. why? setiap orang mengharapkan sebuah kebahagiaan dalam hidup. betul kan? siapa yang tak nak hidup berakhir dengan kisah yang sungguh menggembirakan. begitu juga dengan perhubungan sebuah percintaan. akhirnya lafaz nikah menjadi saksi utuhnya ikatan itu. ke alam perkahwinan jua. seronok kan. perkahwinan pun satu sunnah baginda. syukur. akhirnya hidup lengkap bila hadirnya cahaya mata dalam hidup. itulah lambang percintaan yang melengkapkan kebahagiaan hidup. happy ending.

kenapa story ni keluar? sebab hari ni buat lawatan tidak rasmi ke rumah kawan yang baru dapat baby. hehe. sebelum tu sempat singgah beli hadiah untuk baby. banyak barang baby. seronok tengok. cute dan comel-comel belaka. dalam hati that one day. haha. akan beli dan ada yang akan beli. doakan. umur pun dah meningkat. so, semua ni penting untuk difikirkan. bersedia mula sekarang. 

#impianpenuhmenjulang#

Wednesday, January 23, 2013

suka dalam duka


tak ada apa nak kongsi malam ni cuma aku rasa sangat penat dan mengantok. nak tidur pun perut masih lagi dalam kekenyangan. cukuplah dapat makan nasi lauk telur mata goreng. penat baru balik tengok bola pahang vs terengganu. tak sangka dalam tak sedar kenapa tiba-tiba je aku tengok bola. siap pergi stadium lagi. mungkin dulu aku tak dapat nak rasa kenikmatan ni. sekarang dah besar boleh buat pilihan sendiri. malam ni terengganu kalah lagi 0-3 dengan pahang. senyap je aku kat stadium malam ni sebab just mampu tengok penyokong pahang je asyik bersorak. kalaulah terengganu menang malam ni mesti tersengih tak sudah. tapi tak apalah. aku datang sekadar untuk menghiburkan diri. lepas ni dah nak sibuk balik. masa dah suntuk. tinggal seminggu lebih je lagi nak lapor diri untuk start praktikum. macam mana la agaknya. bila dah start jadi pelatih nanti dapat ke tak enjoy macam ni. tapi semua tu atas pilihan kita. ada masa kita arrange la baik-baik kan. so, untuk perlawanan malam ni aku enjoy je. melihat gelagak manusia dalam stadium tu. yang penting bila gembira jangan untuk menang je. bila kalah pun kena sama. haha.

#moral of value: jangan jadi manusia yang bila suka je akan hargai TAPI bila tak suka mulalah hina dan buang jauh-jauh. renung-renungkan#

Monday, January 21, 2013

BUKAN TITIK NOKTAH



kerinduan yang merindukan. hampir empat tahun masa berlalu. bukan suatu detik yang singkat. bila renungkan kembali sungguh pantas masa berlalu. semacam derasnya air hujan yang menimpa bumi. macam-macam ditempuhi bersama. segala suka dan duka. indahnya manis dan pahit. tapi atas perjanjian masa yang termeterai menyatakan setiap pertemuan mesti ada perpisahan. berat rasa hati mahu menaip sejarah silam kehidupan. terlalu banyak untuk dikenang. seronok yang menjulang. keindahan yang penuh mendatang. semakin hari semakin mematangkan kehidupan. banyak yang telah dipelajari. namun tidak akan jadikan perpisahan ini suatu penamatan. akan jadikan ia benteng ukhuwah yang akan kekal bertahan. buat semua teman taulan. selamat berjuang untuk hidup kalian. dengan izin Yang Maha Berkuasa. semoga kita bertemu kembali. semoga berjaya. ingat kita kawan sampai ke syurga.

-kawan, teman & sahabatmu-

Saturday, January 19, 2013

till end


betul la kan manusia tu kadang-kadang bermasalah bukan sebab diri dia bermasalah TAPI pemikiran dia. so, think positive is better. seronok hari ni dapat tidur puas-puas, penat teramat baru balik dari Tasik Kenyir lepas tu terus kemas-kemas barang masuk kereta and drive balik kampung. malam baru sampai. marathon tengok 20 episod last Adam Hawa. Malam ni pekena char kuew tiaw dengan BFF. Best friend forever la. haha. otw balik tu singgah tengok bola jap kedai kopi. dalam tak sedar rupanya banyak perkara buat aku gembira. melalui hari-hari yang penuh bahagia. aku tak mintak tapi perasaan tu datang sendiri. mungkin selama ni aku yang terlalu mengharapkan kegembiraan itu datang setiap masa. macam-macam fikir dan dengar dari mulut orang lain pun tak bagus sebab tak tahu perkara sebenar. hari ni aku mesej kawan Hijau aku dia balas terbaik jer. okey je la. takde la teruk sangat macam orang cakap sebelum ni. dia layan je mesej aku. aku siap tergelak lagi. ingatkan kat depan je berlawak jenaka. dalam mesej pun sama. happy giler!!! walaupun macam-macam orang cakap sebelum ni tapi bila fikir positif tak ada la teruk sangat. semua benda yang berlaku ada sebab kan. mungkin masa tu kita tak tahu dia buat apa. rasa rindu pulak kat kawan-kawan ni. huhu. tapi nak buat macam mana kan. kena berpisah jugak. aku sangat appreciated dengan setiap apa yang berlaku. betul la kan kata orang. bila ada kat depan mata, macam-macam fikir. tapi bila dah tak ada mulalah nak rasa rindulah, hargailah, macam-macam. tapi semua tu perkara biasa sebab masa sekarang baru kita boleh renung dan ingat jasa kawan-kawan. so, untuk malam ni aku rasa sangat rilex sebab macam-macam perkongsian berlaku. so, hargailah setiap apa yang terjadi pada kita. 

-Friends Till End-

Friday, January 04, 2013

black white dinner


inilah wajah geng rumah kita. tema dinner malam tadi black and white. haha. kelakar kan keluar makan siap pasang tema lagi. tapi tema tu tak berapa nak penting. yang penting perut kenyang. haha. yeke? yang paling teramat penting adalah ikatan ukhuwah antara kami berenam. tak sangka dan tak percaya. macam baru semalam kami bercadang untuk tinggal serumah. dah setahun rupanya. cepatnya masa berlalu. tinggal dua minggu lebih je lagi kitorang nak berpisah dan tak jadi housematte lagi. sedihnye!!! yela, macam-macam kami lalui. dan yang paling aku tersentuh adalah banyak aku belajar dari diorang. macam mana jadi manusia merendah diri. banyak tolong orang. jadi orang yang penyayang. jangan suka menilai dan menghukum. banyak bersabar. aku mula melihat macam mana menghargai sebuah persahabatan itu. banyak kasih sanyang dan perhatian. jangan kedekut ilmu. apa yang termampu kita kongsi. aku betul-betul merasai seperti dalam satu keluarga. tak sangka, dah banyak kali aku berpindah randah sebab tak selesa tinggal rumah sewa. setiap semester aku pindah. tapi yang ni sangat istimewa bagi aku. kekal jugak aku tinggal selama setahun. kalaulah semua ni bermula dari dulu. mesti dah banyak kenangan kan. banyak perkara aku belajar. terima kasih semua. kalau nak cerita apa yang aku dapat sepanjang bersama mereka alamaknya memang panjang lagilah. hehe. sambung balik pasal dinner ni memang kitorang dah plan untuk keluar makan-makan. malam tadi kitorang makan ikan bakar dekat bukit tunggal. ingat lagi tempat tu tapi mahal. haha. tak kisah pun sebab ada duit. hihi. lepas tu kitorang jalan-jalan kat kampung cina dan pulau warisan. ambik-ambik gambar dan lepas tu lepak jap kat dataran shahbandar KT. last sekali kitorang pun baliklah dalam keadaan hujan yang renyai-renyai. penat punya pasal terus tidur. hehe. malam yang penuh bermakna. harap dapat lagi macam ni. In Sha Allah suatu hari nanti. ameen.

-menteri kewangan gengrumahkita-
INSTAGRAM: @ANWARMDRAHIM
FACEBOOK: ANWAR MD RAHIM
PAGE: NCR TRAINING & CONSULTANCY
EMAIL: NCRTC.OFFICIAL@GMAIL.COM