Wednesday, September 19, 2012

GENG RUMAH KITA

# assalamualaikum #

salam bahagia dari hati untuk jiwa . dua tiga hari yang berlalu ni rasa cam bahagia je . ni cerita kawan-kawan rumah sewa la . bukan love story ye . dulu tinggal lima orang je . sem ni dah jadi enam orang . dulu nak berkumpul lima orang semua kat dalam rumah tu, makan sama-sama, pergi kelas sama-sama rasa macam sangat sukar dan jarang berlaku . hihi . apatah lagi tahun ni bila dah duduk enam orang . tapi segalanya boleh berubah . sebab tu aku cakap bahagia . dua tiga hari ni semua ada . best dapat makan sama-sama . pergi kelas . tengok tv . sembang-sembang . hihi . ehhhhhhhh!!! study sama-sama tak ada ke? haha . akan ada la tu. tunggu!!!! baru je lagi ni . harap-harap berkekalan la sampai habis sem ni . lagi pun sem ni dah sem last kitorang duk umah sewa tu . tahun depan dah nak masuk praktikal . kalau jumpa pun lepas ni mungkin masa konvo nanti . lepas tu dah teramat susah nak jumpa . masing-masing dah bawa haluan hidup masing-masing . dah kerja . dah kahwin . dah ada tanggungjawab . semoga bahagia . so harap dapatlah manfaatkan sepenuhnya saki baki masa yang ada ni . friendship forever . remember always our memory .

#sebenarnya xde apa2 feeling pun time menaip ni . main taip je . guna critical thinking . hehe#

but.....





    





GENG RUMAH KITA

perdana menteri ( menteri pertahanan dan keselamatan dalam dan luar rumah ) : chef din tganu @ abah
timb. perdana menteri ( menteri hal ehwal keluarga dan masyarakat ) : cikgu fifi
menteri di jabatan perdana menteri ( hal ehwal agama dan kebajikan ) : ustaz ariff
menteri kewangan : dato' anwar
menteri pelajaran : sarjan dean kelate
menteri tenaga, air dan teknologi hijau : inspektor yusuf

p/s: semua yg tercatat di atas adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena antara hidup dan mati.

Thursday, September 13, 2012

FESI SABAH

Assalamualaikum

Aku ada seorang kawan dan boleh la nak anggap macam adik pun sebab dia sebaya dengan adik aku. Aku dapat tahu dia dapat sambung belajar kat unimas, sarawak. Tahniah, akhirnya dapat jugak masuk u. Boleh la nak katakan jauh tu jauh jugak la sebab bukan kat semenanjung kan. Lagi pun aku rasa dia mungkin first time kot nak flight ke sarawak tu. Hari tu aku call dia tanye camne persiapan. Dia kata semuanya okey. Cuma satu perkara yang dia tanya dan bunyinya macam risau je. Dia tanye bila dah sampai airport sana camne ek. Camne dengan beg2 yang dia bawak tu. Kat mane nak ambik beg tu. Hahaha..macam la ada orang nak beg dia kan..aku pun cakap la, nanti bila masuk pintu ketibaan, kt depan tu ada la yang berpusing2 atas tempat barang tu. Tunggu dan ambik je beg masing-masing. Bila dah sampai sana nanti ada la fasi dari unimas tunggu. 

#moral of the story adalah bila kita first time mesti kita akan jadi risau dan perlukan pertolongan kan#

Dari kisah tu aku moral of value balik kat tempat aku belajar yakni umt. Kisahnya bila aku jadi fasi untuk adik-adik junior yang baru masuk daftar umt. Sebelum tu, tahniah semua sebab dapat umt. Sambung balik story. First day aku jadi fasi bertugas kat kolej kediaman lelaki. Seronok tengok diorang datang masuk bilik dengan beg yang besar dan macam baru pindah dari rumah. Seronok tengok mak ayah diorang hantar. Ada yang satu family datang. Siap tolong kemas bilik dan pasang cadar lagi. Untungkan diorang ni. 

Tapi macam mana dengan student yang jauh-jauh macam sabah dan sarawak tu. Sepanjang aku bertugas kat blok asrama tu aku tak jumpa mana student dari sarawak. Tapi dari sabah ramai jugak la. Student dari sabah datang sorang2. Angkat beg sorang2. Kemas bilik sorang2. Bila aku tanye, adik flight sorang ke dari sabah? Semuanya jawab ye. Family diorang just hantar kat airport sabah tu je. Mula dari situ aku kenal dengan orang sabah dan adik dari sabah tu perkenalkan aku dengan kawan-kawan yang dia jumpa dari sabah. Sejak pada tu, aku jadi tumpuan adik-adik sabah. Haha..kononnya aku la fesi sabah. Walaupun tak ramai tapi setakat ni yang aku kenal kebanyakan dari sabah kalau nak dibandingkan dengan yang semenanjung. Dan aku terpikir nasib dia mungkin sama dengan nasib kawan aku tu. Terlintas la dengan rasa jujur dan ikhlas di hati ni untuk tolong diorang kat sini kalau ada apa-apa masalah. First time kan mesti diorang tak dapat nak biasakan diri lagi dan macam-macam diorang nak tanye kan. So, jangan salah faham lagi ye. Aku sebenarnya nak tolong diorang sebab diorang first time kat sini macam kawan aku jugak mungkin first time kat sana. Nanti pandai-pandai la berdikari sendiri sebab aku dah last year kt cni. Hehe.


#moral of the story adalah tolong-menolong ni dapat eratkan silaturrahim yang jauh dengan dekat#

SEKIAN

Fesi Sabah
INSTAGRAM: @ANWARMDRAHIM
FACEBOOK: ANWAR MD RAHIM
PAGE: NCR TRAINING & CONSULTANCY
EMAIL: NCRTC.OFFICIAL@GMAIL.COM