Friday, February 01, 2013

Today is 1st February

okey start....

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. dah masuk bulan dua. dah sebulan rupanya masuk tahun baru dua ribu tiga belas. hehe. bulan lalu yang penuh dengan detik mencabar dan memori yang cukup indah untuk dikenang. dalam tak sedar rupanya dah dua minggu aku bercuti selepas menamatkan semester ketujuh. kenangan belajar kuliah dalam kelas pun dah berakhir. lepas ni dah tak ada semua tu. hanya tinggal kenangan. macam tu juga saat susah senang menimba ilmu dan suka tawa bersama rakan-rakan seperjuangan turut ternoktah. cuma yang dinanti selepas ini adalah pertemuan yang sementara untuk mencipta memori yang seketika. beginilah adab setiap kehidupan. berpisah semasa hidup adalah ujian dan berpisah semasa mati adalah kepastian.

berkongsi rasa untuk bulan yang baru menjelma ini pasti semua orang terutama diri aku dan rakan-rakan inginkan sesuatu yang terbaik untuk diri. menanti detik untuk lapor diri berpraktikal sebagai seorang kaunselor pelatih. masa ni pelbagai debaran mula bergendang di dada. pelbagai soalan mewartawankan jiwa. hakikatnya kita mesti tempuhinya jua. bagi aku rasa tak sabar nak merasai pengalaman ni. memang sebelum ni aku pernah bekerja sebagai guru. tapi itu adalah pengalaman yang berbeza. kali ini sebagai kaunselor pelatih. Alhamdulillah tinggal tiga hari je lagi nak lapor diri. dalam tak sedar dah nak habis belajar. praktikal dulu sampai bulan tujuh. sempat praktikal sampai bulan puasa. enam bulan. sekejap je kot. semoga aku dan juga rakan-rakan dapat tempuhi semua ni dengan penuh semangat dan suatu pengalaman yang sangat bermakna. semoga berjaya semua. buat yang terbaik.






-kaunselor pelatih Kolej Profesional Mara Indera Mahkota-
INSTAGRAM: @ANWARMDRAHIM
FACEBOOK: ANWAR MD RAHIM
PAGE: NCR TRAINING & CONSULTANCY
EMAIL: NCRTC.OFFICIAL@GMAIL.COM