Sunday, October 27, 2013

D o n e

Assalamualaikum bloggers

Setiap yang Adam pasti ingin memiliki Hawa . Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya abang kesayangan bertemu teman hidupnya dengan menamatkan zaman bujang pada usia 27 tahun. 26 Oktober 2013 dengan sekali lafaz maka terbinalah masjid mereka. Semoga mahligai yang dibina akan teguh bahagia hingga ke anak cucu. Amin.

Majlis akad nikah
Ok. done ayat ayat skema seperti di atas. haha. well lepas ni turn aku. actually memang banyak pengalaman yang aku kutip kutip untuk event abang aku ni. al maklum la untuk preparation aku lepas ni. haha. berangan biar jadi nyata. bab kata orang aku busy majlis ni macam aku je nak kahwin. tapi masa abang aku ni lafaz akad nikah tu aku rasa cam nak sebak je sebab aku tahu dah lama abang aku ni tunggu saat ni. dan lepas ni tanggungjawab dia pun makin berat. aku pun tak boleh la nak beratkan lagi tanggungjawab dia tu. huhu. sedihnya. tak boleh mintak duit belanja. haha. apa apa pun aku sangat gembira untuk dia. semoga menjadi suami yang soleh dan dapat anak anak yang comel comel serta beriman.

Tahniah Abg Joe. Lepas ni giliran kami pula
Tahniah sekali lagi dan berkali kali lagi. seronok juga sebab time kenduri belah perempuan tu makanan dia sedap sangat. rasa nak melantak berkali kali. tapi sibuk buat photoshoot. maklum la dilantik secara tak sengaja jadi co-photographer. haha. sampai jalan ke karak kami gi shoot. comel juga pemandangan. tapi tak boleh nak shoot lama lama sebab dah lewat. apa apa pun syukur sebab majlis selesai dengan baik. tunggu turn belah lelaki plok kenduri 9 november 2013. jemput datang ye.

with L.O.V.E happy family
DONE | CONGRATULATION

Monday, October 21, 2013

begini akhirnya

Assalamualaikum manusia dan graduan graduan cemerlang

Ehh!!! kenapa tetiba je ada ayat graduan graduan tu. haha. terasa nak terbangga pun ada tapi bukan nak riak ye. bangga la dengan diri sendiri sebab dulu memang kuat berangan tapi akhirnya berangan tu ada la hasil kesudahannya. syukur sangat sangat sebab angan angan tu tiba tiba jadi nyata. secara sengaja belajar rajin rajin + sungguh sugguh + usaha + doa + tawakkal dan banyak banyak lagi akhirnya ini yang terjadi. baru nak masuk cerita. sebenarnya setelah masuk sekolah rendah, sekolah menengah, lepas tu sambung lagi sekolah menengah stpm akhirnya dapat juga masuk universiti. belajar la punya belajar macam lima tahun rasanya sebab masuk 2009 habis 2013 tapi sebenarnya 4 tahun je akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian dan dapat segulung ijazah yang termimpi-mimpi masa kecik dulu. hehe. tapi dulu rasanya berangan nak pakai jubah konvo dengan mortar board tu je. haha. Lastly, I got it. Huhu. Happy senyum sampai telinga. ni la Konvokesyen UMT ke-11.

 
Terima kasih berbilion terima kasih teramat terima kasih tersangat sangat sangat Mak Ayah tersayang yang banyak mendoakan banyak bekorban dan banyak banyak lagi untuk anakmu ini. setia menanti dan akhirnya ini untuk kalian berdua. tak sangka kan mak ayah selama ni asyik tengok dan sebut pasal anak orang je kan. tapi ni semua untuk mak ayah. anak mak ayah dah dapat apa yang diimpikan selama ni. syukur Alhamdulillah.


Sekalung tahniah untuk semua sahabat yang selama ini seiring berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah ni. akhirnya usaha kita empat tahun berbaloi dan bekalan ni la yang akan kita bawa untuk mengejar cita cita. terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan UMT yang selama ini banyak membantu dan menyumbang ilmu terutama pensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling. tiba tiba terasa rindu nak masuk kelas balik. hehe. terima kasih juga kat kawan kawan yang banyak membantu sepanjang belajar. ada masa kita jumpa lagi. semoga menempuh kehidupan yang lebih baik lepas ni. mood RINDU (^_^)!

TAHNIAH | SARJANA MUDA KAUNSELING | 2009 - 2013


Tuesday, October 08, 2013

dulu dulu dulu

aku yang dulu bukanlah yang sekarang . dulu tengok-tengok saja sekarang aku punya giliran . haha . assalamualaikum . hello hello bloggers . mood tengah tunggu hari bahagia . dulu dulu dulu punya cerita asyik tengok orang je bahagia . tinggal beberapa hari je lagi nak menempuh saat bahagia . haha . ape-ape pun semoga semuanya berjalan lancar . dah lame dah tunggu hari bahagia nih . xoxo-d

#ni cerita bahagia kawan-kawan tahun lepas . tahun ni bakal menyusul beberapa hari lagi . c u soon#


INSTAGRAM: @ANWARMDRAHIM
FACEBOOK: ANWAR MD RAHIM
PAGE: NCR TRAINING & CONSULTANCY
EMAIL: NCRTC.OFFICIAL@GMAIL.COM