Tuesday, February 24, 2015

Seremeh-remeh Salam Pun...



ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah, hari ini saya ada membaca satu nota kecil yang sangat menarik untuk dikongsi mengenai Salam. Perkara yang sangat simple untuk diamalkan yang menjanjikan ganjaran yang sangat hebat jika diiikuti. Jom sama-sama kita baca. Sebelum tu, jawab salam saya kat atas tu dulu. hehe!!

1. "Ada orang secara personalitinya memang berat mulut untuk bersembang. Maka jarang sekali dia menjadi orang pertama yang memberi salam..
  Ada orang yang lain pula sengaja menunggu orang lain memulakan salam kepadanya. Dia merasakan dirinya lebih tinggi daripada orang lain. Sebahagian pula entah mengapa memang segan atau malu untuk mengucapkan salam.
  Tidak kurang juga ramai yang suka menyapa. Peramah orangnya. Sedihnya ayat pertamanya, "Hai, apa khabar, selamat pagi", bukannya assalamualaikum.
  Apalah sangat soal salam. Bukan wajib! Banyak amalan sunat lain lagi yang boleh dilakukan. Soal remeh sahaja.

2. Paling Mulia pada Allah
Seremeh-remeh salam, orang yang paling mulia di sisi Allah ialah yang dahulu memberikan salam. Nabi bersabda: "Sesungguhnya seutama-utama manusia pada Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberikan salam dalam kalangan mereka." (Riwayat Abu Dawud)
  Demikian ukuran Allah. Berbeza dengan manusia, seseorang dilihat mulia apabila ramai orang yang berlumba-lumba menyapanya.

3. Nabi Buat
Seremeh-remeh salam, Nabi memberi salam kepada kanak-kanak. Pada satu hari, Sayidina Anas melewati sekumpulan kanak-kanak. Lantas beliau memberikan salam kepada mereka. Kemudian beliau berkata: "Dahulu, Rasulullah s.a.w. juga melakukan seperti ini." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  Tinggi mana darjat kita berbanding Nabi sehingga enggan untuk memulakan salam?

4. Syiar Islam terbaik
Seremeh-remeh salam, itu syiar Islam terbaik. Rasulullah pernah ditanya, "Mana satu amalan Islam yang terbaik?"
  Lalu jawab Baginda: "Kamu menjamu orang makan dan mengucapkan salam kepada orang yang dikenali mahupun tidak." (Riwayat al-Bukhari)

5. Berkat pada Diri
Seremeh-remeh salam, pasti akan membawa keberkatan pada diri dan keluarga. Nabi pernah mendidik Sayidina Anas bin Malik, "Wahai anakku, jika kamu hendak masuk ke tempat keluargamu, maka ucapkanlah salam, nescaya akan berkat atas kamu dan seluruh keluarga rumahmu." (Riwayat al-Tirmizi)

6. Strategi ke Syurga
Seremeh-remeh salam, menjadi strategi penting untuk masuk syurga. Rasulullah mengajar kita: "Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu tidak akan benar-benar beriman sehinggalah engkau semua saling menyayangi.
  Mahukah kamu kalau aku tunjukkan pada sesuatu, yang jika kamu melakukannya tentu kamu semua akan saling mengasihi? Sebarkanlah salam antara kamu!" (Riwayat Muslim)

7. Pesona Salam
Ucapan salam bukannya sekadar adat bermanis mulut. Assalamualaikum bermaksud "sejahtera buat kamu". Bermakna setiap kali mengucapkannya, kita mendoakan agar saudara kita selamat sejahtera. 
  Subhanallah, sucinya hati orang yang suka mengucapkan salam! Sabda Nabi: "Al-salam salah satu nama Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkan salam antara kamu." (Riwayat al-Bukhari)

sumber: Ezy-Dakwah @SOLUSI siri 11

Wednesday, February 18, 2015

Terima

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


hidup ini tidak perlu fikir bagaimana ia bermula tapi fikirlah bagaimana ingin mengakhirinya. begitu juga dalam mencari kebahagiaan. bagaimana kesudahan kebahagiaan yang kita perlukan. adakah sekadar kebahagiaan untuk perhiasan dunia atau ingin menuntut agar terus kekal bahagia hingga akhirat kelak. fikir-fikirkan dan istiqomah dalam hati dan jiwa.

INSTAGRAM: @ANWARMDRAHIM
FACEBOOK: ANWAR MD RAHIM
PAGE: NCR TRAINING & CONSULTANCY
EMAIL: NCRTC.OFFICIAL@GMAIL.COM