Wednesday, January 15, 2014

kelapa bakar

assalamulaikum

dua tiga hari ni ambe rasa tak berapa nak sihat. tapi alhamdulillah masih lagi o.k.e.y. hari ni terasa rajin nak update status sikit. mata dah ngantok ni tapi sikit je ni nak share. cuaca kat KK hari ni hujan turun dengan lebatnya. dari malam tadi hujan. aku tido pun masih ujan. so, pagi tadi tak keluar pi kerja la sebab cuaca tak mengizinkan. pagi tadi sempat la aku membelek tesis tu sikit-sikit buat. harap-harap sebelum balik ni sempat la siap. selepas asar, tiba-tiba kita pergi merasa kelapa bakar. aku memang teringin nak rasa macam mana la rasa kelapa bakar tu. so, umi pun bawak kami merasainya. tapi aku lupa nak amek gambar kawasan tu. huhu. aku pun tak pasti kat mana. kat area tuaran kot. haha. kalau nak tahu boleh google and search kelapa bakar sabah. so, tadi dapat la merasa kepadatan rasa kelapa yang dibakar sebiji itu dan diminum airnya di dalam yang panas itu. isinya pun boleh dimakan. santapan lain kat situ pun tarikan kupang tak silap aku. petang tadi jugak aku makan soto ayam. kalau kat semenanjung tu macam mee sup ayam la. haha!! banyak lagi yang ada kat situ dan kalau ada kelapa semestinya ada makanan dari kelapa kan. yang menarik adalah puding kelapa. memang biasa dengar kan. tapi puding kelapa dalam buah kelapa. pernah dengarkah? tapi aku tak try pun. aku pernah try puding kelapa dalam bekas yang standard tu je. tu la keunikan kat situ yang aku tak pernah dengar sebelum ni. so, kat bawah ni ada gambar rupa kelapa bakar tu. tapi tak dapat la nak tengok kehangusan kulit kelapa tu sebab dia dah potong kasi cantik-cantik. haha. tapi air kat dalam tu memang panas. orang kata bagus untuk kesihatan badan. ok bai.

Kelapa Bakar Sabah

INSTAGRAM: @ANWARMDRAHIM
FACEBOOK: ANWAR MD RAHIM
PAGE: NCR TRAINING & CONSULTANCY
EMAIL: NCRTC.OFFICIAL@GMAIL.COM